KUALA LUMPUR: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berusaha untuk meningkatkan perkhidmatannya dengan menawarkan kemudahan saringan keselamatan kesihatan swasta kepada penumpang agar mereka dapat menikmati proses pelepasan dengan lebih cepat, semasa mendarat di lapangan terbang itu.
Pengerusi Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata langkah itu diharapkan dapat memudahkan penumpang KLIA kerana pelancong dapat menjalani ujian dan menunggu keputusan ujian saringan dalam persekitaran yang selesa.
"Berdasarkan apa yang kita lihat di lapangan terbang kita dan lapangan terbang lain di seluruh dunia, langkah-langkah keselamatan tambahan boleh menyebabkan kejadian beratur panjang dan tempoh menunggu yang lama.
"Ini akan meninggalkan kesan buruk kepada penumpang dan ia perkara yang kami ingin elakkanya," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata Malaysia Airports akan bekerjasama dengan rakan kongsi untuk menyediakan perkhidmatan saringan berkenaan dan telah mendapat persetujuan yang diperlukan daripada pihak berwajib berhubung perkara itu.
Dr Zambry berkata semua prosedur bagi perkhidmatan itu akan mendapat tunjuk ajar daripada Kementerian Kesihatan bagi memastikan aspek keselamatan tetap diutamakan.
Mengenai pas perjalanan yang diperkenalkan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), beliau berkata badan itu akan mengurus dan mengesahkan maklumat ujian atau vaksin antara kerajaan dan kerajaan, syarikat penerbangan, makmal dan pelancong.
"Ketika kita berlumba-lumba untuk mengembalikan keyakinan terhadap keselamatan perjalanan udara, kerjasama antara negara-negara seperti standard laporan kesihatan yang disahkan secara global juga akan memberikan impak positif ke arah pemulihan industri penerbangan.
"Bulan lepas, syarikat penerbangan kebangsaan negara kita, Malaysia Airlines telah mewujudkan kemudahan kad kesihatan digital ini dalam aplikasi mereka. Syarikat penerbangan lain yang mengambil langkah serupa ialah Singapore Airlines dan Qatar Airways.
"Ciri-ciri penting daripada pas perjalanan IATA ini ialah pelancong dapat mengawal maklumat peribadi mereka kerana menyimpan data tersulit dalam peranti mudah alih mereka," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 04 2021
Malaysia Airports akan bekerjasama dengan rakan kongsi untuk menyediakan perkhidmatan saringan keselamatan kesihatan.
Hannah Yeoh ucap tahniah pelantikan Nicol David sebagai Pro-Canselor Heriot-Watt University Malaysia
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Nicol David atas pelantikan ratu skuasy negara itu sebagai Pro-Canselor Heriot-Watt University Malaysia.
Serangan udara Israel bunuh 20 orang, cederakan puluhan awam di tengah Gaza
Sekurang-kurangnya 20 orang awam terbunuh dan beberapa yang lain cedera pada Sabtu malam dalam serangan udara ganas Israel yang menyasarkan sebuah kompleks kediaman di utara kem pelarian Nuseirat.
Fahmi kecam tindakan mengugut Teresa Kok
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menjelaskan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok telah membuat laporan polis berkaitan dakwaan menerima surat ancaman dan dua peluru.
Fahmi mengecam tindakan tersebut dan menyifatkannya cukup memalukan.
"Jangan diugut Ahli-ahli Parlimen kerana mereka adalah suara rakyat," jelasnya.
Fahmi mengecam tindakan tersebut dan menyifatkannya cukup memalukan.
"Jangan diugut Ahli-ahli Parlimen kerana mereka adalah suara rakyat," jelasnya.
OKU didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja lelaki
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 17 tahun di masjid berkenaan pada 2.30 petang, 15 Mac lepas.
Negara pesat membangun Asia Tengah berpotensi jadi rakan kerjasama strategik Malaysia - PM Anwar
Jaringan dengan negara-negara yang sedang pesat membangunkan itu amat penting dalam keadaan dunia yang tidak menentu hari ini.
Eksport mi segera Korea Selatan lepasi AS$100 juta buat julung kali dalam April - Kastam
Eksport mi segera atau "ramyeon" dalam Bahasa Korea mencecah AS$108.6 juta pada April, naik 46.8 peratus dari setahun sebelumnya.
Wai Ching takluk Menara Naza
Pelari menara nombor satu dunia itu jelas berada dalam kelas tersendiri sejak di awal saingan sebelum berjaya menawan menara setinggi 49 tingkat berkenaan.
Lebih 17,000 warga emas meninggal dunia sendirian di rumah
Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan bahawa 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian telah meninggal dunia di rumah di seluruh negara itu.
AWANI Ringkas: Menteri ingatkan jangan ambil tindakan ekstrem
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia mula langkah kanan, tewaskan China
Malaysia memulakan aksi Kumpulan B acara regu kategori premier Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dengan langkah kanan selepas menewaskan China di Stadium Titiwangsa pada Sabtu.
Pengembara 46 negara dibenar guna 'autogate' di pintu masuk negara
Jumlah itu adalah tambahan daripada 10 buah negara yang dibenarkan berbuat demikian pada tahun lepas.
Pegawai kastam mengaku tidak bersalah terima rasuah RM69,350
Seorang pegawai JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 43 pertuduhan menerima rasuah berjumlah keseluruhan RM69,350 dari 2017 hingga 2022.
Konsortium diteraju Khazanah dan KWSP tiada rancangan berhentikan pekerja MAHB
Kosnosrtium diterajui Khazanah dan KWSP mengesahkan tidak ada sebarang rancangan memberhentikan pekerja susulan langkah menjadikan MAHB syarikat persendirian.
Menangis di depan Kaabah walaupun hakikatnya kami buta - OKU penglihatan
"Walaupun kami tak nampak, apabila berada di depan pintu Kaabah, kami berasa hiba dan terus menangis sebab dapat merasakan kelainan dengan keadaan nyaman dan sejuk yang tidak sama dengan tempat lain."
Tulis ancaman bom atas bungkusan, pekerja stor didenda RM3,000
Muhammad Rozali Rahim, 23, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Hafizul didakwa cuba bunuh Farah Cie, cederakan pengawal peribadi
Hafizul, 38, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim.
Kawalan di KLIA Terminal 1 dan 2 dipertingkat dengan 4 skuter elektrik
Kawalan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2 oleh PDRM terus dipertingkatkan dengan penggunaan empat skuter elektrik.
Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Hafizul Hhawari mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Insiden tembakan KLIA: Suspek dituduh di Mahkamah Kota Bharu hari ini
Suspek berusia 38 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Sepang selepas pertuduhan.